Tuesday, December 10, 2013

Nasi Lemak Bercham

Sepanjang-panjang aku duduk kat Cheras, tak pernah-pernah lagi aku jumpa nasi lemak yang 'kaw-kaw' sedap. Ada saja yang tak kena dengan penjual-penjual nasi lemak hari ni. Mungkin orang jual nasi lemak ni cuma nak kaut untung. Asalkan ada sambal, nasi bersantan sikit, boleh jual.

Oh no no no... Aku memang cerewet pasal makan. Kalau lauk setakat nak buat jual, aku rela masak sendiri. Ok, back to topic. Sepanjang aku makan nasi lemak kt KL ni, kedai jual nasi lemak memang banyak, tapi satu pun tak mampu bagi kepuasan kat aku bila makan nasi lemak tu.

Setiap kali aku makan nasi lemak, apa yang aku harapkan ialah rangsangan daripada nasi lemak tu yang boleh membuat aku berasa seperti berada di kampung halaman yang penuh dengan kicauan burung-burung dan cengkerik. Ewahh.. (Orang kata, heavenlah penangan dia..)



Nasi Lemak Bercham ni antara yang paling sedap pernah aku rasa. Cara bungkusan tak berapa tradisi sebab nasi lemak ni pakai kertas coklat bukan surat khabar.

Dalam nasi lemak ni cuma ada sambal ikan bilis lebih kurang satu sudu besar, telur dadar dan kacang. Mungkin sebab itulah nasi lemak ni boleh tahan dari pagi sampai ke malam.

Pak cik dengan mak cik yang jual nasi lemak ni memang nampak retro. Mak cik ni memang suri rumah sepenuh masa. Jadi tak heranlah kalau rasa nasi lemak ni original nasi lemak kampung.

Pak cik ni baru je meniaga nasi lemak ni. Tapi rata-rata orang kampung yang cuba nasi lemak pak cik Manshor ni, boleh cakap tak pernah habislah makan nasi lemak dia. Mesti licin. Kawan-kawan anak dia tu siap ratah sambal dia lagi tu.

Aku pernah cuba makan dekat rumah pak cik Manshor ni, mak cik pun hidangkan nasi lemak sambal sotong. Allah mak tuan!! 2 cawan jugaklah aku bedal. Itu pun tak campur  ratah sambal sotong aje.

Bila aku puji mak cik ni masak, alahai dia punyalah rendah diri. Aku cakap kalau buat jual memang lakulah Mak Cik!!

Tapi Mak Cik ni selalu anggap orang lain lebih baik. Jadi, dia tak yakin nasi lemak dia mampu untuk dijual walaupun sebenarnya kat luar tu, jauh beza nasi lemak mak cik ni dengan peniaga-peniaga kat luar sana. Bagi aku, mak cik ni kurang keyakinan. Mungkin sebab tu dia cuma buat nasi lemak untuk dihantar ke kedai yang berdekatan je.


Tapi sejak akhir-akhir ni aku dengar, pak cik Manshor ni nak try buat jual "on the spot". Aku harap pak cik berjayalah. Sebabnya bolehlah tiap-tiap pagi aku baham nasi lemak sambal sotong pak cik Manshor.

Bagi sesiapa yang hendak turun ke Ipoh sekitar Bercham. Kalau nak cuba sampel nasi lemak pak cik Manshor ni, boleh-boleh lah telefon beliau di no ini. Mungkin korang boleh jugak kaw tim dengan pak cik ni untuk katering atau apa-apa majlis buat makan-makan.

Manshor:012-5652145
atau anaknya
Kamal: 019-5046640